Kawan saya sakit hari itu. Alhamdulillah, dia sudah kembali sembuh.
Kerana dia sakit, dia gembira dan bersyukur. Kerana masih ada yang menyayanginya.
Yang sudi menemani ke klinik.
Yang sudi memasaknya makanan.
Yang sudi mendoakan untuknya.
Yang sudi menjadi teman.
Kawan saya sakit hari itu, dan saya tidak ambil peduli. Kerana saya tidak tahu.
Saya tahu dia sakit, seperti sakit-sakit lain. Sakit appendicitis, sakit flu, sakit hati.
Sampai masa, insya Allah, sembuh dan pulih.
Saya ada kawan-kawan yang lain.
Seorang kawan saya jatuh sakit hari itu, hari ini dan hari esok.
Dia masih sakit dan belum sembuh.
Sakitnya memang tiada sembuh.
Dia sakit multiple sclerosis.
Kerana dia lelaki muda, prognosisnya tidak memberangsangkan.
Seorang lagi kawan saya sakit hari itu.
Sakitnya juga tiada sembuh.
Dia sakit mati.
Kembali menemui Tuhan.
Saya teringat bila saya jatuh sakit beberapa tahun lalu.
Saya demam teruk, dan muntah-muntah.
Rakan serumah saya hanya mengatakan saya mengada-ada.
Selama seminggu, saya tidak sanggup makan makanan yang keras.
Akhirnya, saya dimasukkan ke dalam wad, dan disuspek dihinggapi denggi.
Empat hari kemudian, saya keluar hospital. Keesokan harinya, saya terpaksa menghadapi peperiksaan.
Tahun berikutnya, saya jatuh sakit lagi.
Dalam perjalanan ke klinik, saya termuntah di pertengahan jalan.
Badan saya sungguh lemah.
Mujur seorang insan di tepi jalan membawa saya ke klinik.
Selama tiga hari, saya terlantar dalam bilik.
Mujur rakan serumah saya yang baru sanggup membelikan makanan untuk saya dan menjenguk melihat keperluan saya.
Saya berasa sangat berterima kasih kepada rakan Tionghua saya ini.
Mungkin episod sakit kita berbeza.
Sakit kita mungkin boleh sembuh. Sakit kita mungkin tiada sembuh.
Mungkin ada teman yang akan membantu. Mungkin kita terlantar begitu.
Apa mesej yang hendak saya sampaikan?
Entah, saya pun tak tahu.
Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-
ReplyDelete(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
FAKEH KHALIFAH SAKA